Wednesday, February 18, 2009

Real Case of Bully

Pelajar tahun lima masuk ICU dibelasah rakan
Oleh: AZRAN FITRI RAHIM
SEREMBAN 7 April - Seorang pelajar darjah lima sebuah sekolah asrama di Kuala Klawang dekat sini berada dalam keadaan kritikal dengan kedua-dua belah buah pinggangnya rosak dipercayai selepas dibelasah dalam kejadian buli di sekolah itu, petang semalam.
Mohd. Ikhwan Abu Jamin (kiri), pelajar tahun lima Tekun, Sekolah Kebangsaan Petaseh kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban (HS) di bawah sokongan alat bantuan pernafasan.
Bapa mangsa, Abu Jamin Abdul Manaf, 45, berkata, beliau hanya dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak keduanya itu melalui anak sulungnya yang juga belajar di sekolah itu.
``Kami sekeluarga hanya mengetahui apa yang berlaku ke atas Mohd. Ikhwan, pada petang semalam apabila Mohd. Ikmal menghubungi neneknya, memberitahu adiknya tidak sihat dan lembik.
``Apabila mengetahui keadaan itu, ibu mertua saya telah pergi ke sekolah berkenaan dan mendapati anak saya tidak bermaya dan mukanya bengkak-bengkak.
``Ibu mentua saya telah mengambil Mohd. Ikhwan dan membawa dia ke HS sebelum dimasukkan ke wad ICU kira-kira pukul 8 malam tadi,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abu Jamin berkata, anaknya didapati mengalami kecederaan serius di dua belah buah pinggangnya dan masih tidak sedarkan diri.
Katanya, Mohd. Ikmal memberitahunya bahawa adiknya telah dipukul, diterajang dan disepak oleh beberapa pelajar tahun lima dan enam sekolah terbabit.
Ujarnya, semasa kejadian berlaku abangnya tidak berada di tempat kejadian kerana mengikuti kelas tambahan.
``Pada cuti sekolah Mac lalu, Mohd. Ikhwan demam teruk dan enggan pulang semula ke asrama sekolahnya tetapi selepas diselidiki dia memberitahu bahawa dia dipukul dan ditendang oleh rakan asramanya.
``Saya dimaklumkan dia dipukul kerana mengambil wang rakannya sebanyak RM5 tetapi selepas itu ibu mertua saya menggantikan wang itu semula dan menasihatkan pelajar terbabit supaya jangan memukul anak saya lagi.
``Kebanyakan hal membabitkan anak saya diuruskan oleh ibu mertua saya kerana saya sibuk menguruskan gerai makanan dan saya tidak menyangka Mohd. Ikhwan dibuli buat kali kedua,'' katanya yang tinggal di Taman Paroi Jaya di sini.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak pentadbiran sekolah berkenaan yang tidak mengambil berat mengenai kebajikan para pelajarnya.
Ujarnya, pihak keluarganya sedang berbincang untuk membuat laporan polis sekiranya keadaan anaknya masih kritikal dan pihak sekolah tidak memberikan sebarang penjelasan.

2 comments:

MARY ANNE VAZ said...

What do you think makes students feel they can hit others and go undetected in a hostel?

Are there any rules in the hostel that make students there become isolated and thus unsafe?

bombsmilier said...

ow, good question. in my personal opinion, this can be conclude where the senior hit others, and this mostly happened to their junior. In the hostel where having this tradition should be stopped. this is because, there are many ways to make bad things but this also can't be detected. thus, by making a hostel prefect or warden frequenly obsservation room by room might do overcome this problems.. if there any suggestions or question, just leave comment k...